GALERI

Tarikh: 21/04/2012
Matapelajaran : Bahasa Inggeris
Tajuk : Recycle (MAGAZINES)
Kelas : PK Aktif




Nak buat kotak kraft 
Jadi, alatan yang disediakan adalah

1. Glue Gun
2. Kotak Kasut (Pink Cute) cikgu D
3. Magazines
4. pencil
5. Glue STICK (batang)
6. Gunting
7. Pisau

 Kelas sebelum ni(12/4/2012), sudah diterangkan dan memang 
dah ditunjukkan cara macamana nak gulung majalah..










tapi...biasalah...saiz tu masih lagi ada kecil dan  besar..
maklum ajelah..
Suaibah kena buat banyak latihan motor halus

























-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-


Bermula sudah persekolahan Januari ini. Cikgu Halimahtun, Cikgu Zuita, Cikgu Junaida, Wati dan saya sendiri akan kembali menjalankan tugasan dan tanggungjawab seperti biasa. 
Bersama mereka yang istimewa.
Didik mereka yang teristimewa.
Semuanya untuk mereka dan diri kami sendiri juga

                Memori Januari hingga Mac tersemat dihati...

MAJLIS MAKAN TENGAHARI FEBRUARI





Ali, murid yang pernah saya ajar di SK Titi Gantong.
Jarang hadir ke sekolah kerana masalah kesihatan kurang memuaskan.





PAMERAN PERTAMA PPKI DI 
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKSI

Memandangkan ramai ibubapa akan hadir ke sekolah, peluang memperkenalkan keberadaan dan kehadiran anak didik kami di sekolah ini terbuka luas. Puan Mashitah Ismail selaku pengetua sekolah  telah bersetuju membenarkan kami mengadakan pameran di Ruang Legar Blok A sekolah.
Pelbagai maklumat & informasi termasuklah pameran bergambar, hasil kreativiti murid serta jualan telah diketengahkan untuk paparan umum.



Guru aka  Jurufoto amatur


Guru aka Promoter Jualan
 Mempromosikan keronsang kepada PK Pentadbiran, En. Abu Hamid b Meri.


 Tertarik..menarik


  rojak..Penjualan luarbiasa hebat.


Kandid




 Women in Red

















Tujuan pameran ini juga :

  • Melatih murid bersosial (BAHASA MELAYU_KOMUNIKASI)
  • Latihan jual - beli ( pengiraan yang melibatkan wang) MATEMATIK
  • Penyediaan bahan jualan (pembungkusan, tanda harga, potong buah-buahan (K. HIDUP)
  • Toleransi, amanah,jimat-cermat (PENDIDIKAN ISLAM)

Alhamdulillah pameran dan jualan telah berlangsung dengan jayanya.