2017


 
Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga tahun 2017 ini adalah tahun yang memberi kita pertambahan ilmu dan pengalaman yang berguna. Tingkatkan prestasi dan kemahiran serta menambahbaik disiplin diri agar menjadi seorang insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.
PPKI SMK Seri Iskandar (PPKI SMKSI) mengucapkan Selamat Datang kepada 7 orang murid baru. Mereka ialah :
1. Mohamad Alip bin Suaid
2. Muhammad Firdaus Fahmy bin Abdul Rahman
3. Muhammad Khushairi bin Muri
4. Muhammad Zaiful Danial bin Abdullah
5. Nurul Sakira binti Saad
6. Sara Nisha binti Shahuran Azli
7. Muhammad Akmal bin Abdullah
  Seperti biasa, PPKI SMKSI mengadakan Program Bimbingan Kasih bagi memperkenalkan persekitaran dan budaya belajar kepada murid baru. Selain daripada merapatkan hubungan antara murid dengan rakan baru, murid dengan guru ia juga menjadi medan meningkatkan keyakinan agar murid terus bersemangat hadir ke sekolah menimba ilmu, kemahiran dan pengalaman baru.



PROGRAM BIMBINGAN KASIH ( 3- 5 JANUARI 2017)


HARI PERTAMA - 3 JANUARI 2017 (SELASA)
Suasana di Dataran Perhimpunan pada hari pertama.


Cikgu Shiela memberi taklimat ringkas tentang perjalanan program kepada murid dan ibubapa yang hadir.

Antara ibubapa murid baru yang hadir bagi menguruskan pembayaran yuran dan mendapatkan maklumat tentang persekolahan di SMK Seri Iskandar.


Ketujuh-tujuh orang murid baru perlu menduduki Ujian Diagnostik setelah mendengar taklimat ringkas. Murid-murid lama pula mengemas dan membersihkan kelas baru masing-masing dengan diawasi guru dan dibantu oleh PPM. Setelah itu, murid mengikuti Sesi Ice Breaking dalam kumpulan yang telah ditetapkan.


Sesi memperkenalkan diri.

Murid kelihatan gembira dan mengambil bahagian secara aktif.


HARI KEDUA - 4 JANUARI 2017 (RABU)

  Semua murid PPKI terlibat dalam sesi Taklimat Disiplin, Taklimat Kokurikulum dan Taklimat Kurikulum. Selain itu, mereka juga turut diperkenalkan tentang Sejarah SMKSI, Misi dan Visi sekolah dan PPKI. Mereka juga turut belajar menyanyikan lagu sekolah serta ikrar sekolah. Tingkah laku murid terkawal namun beberapa orang murid telah dipesan agar sentiasa berpakaian kemas dan mengikuti peraturan berambut pendek apabila berada di premis sekolah.


HARI KETIGA - 5 JANUARI 2017 (KHAMIS)

  Setelah mengikuti perhimpunan di Dataran Perhimpunan, semua warga PPKI menonton Tayangan Khas tentang aktiviti PPKI SMKSI pada tahun 2016 di Kelas PK Aktif 1. Selepas rehat pula, aktiviti Jejak Lokasi membolehkan semua murid  melawat sekitar kawasan sekolah dibawah pengawasan guru. Murid teruja dan banyak bertanyakan soalan.


Secara keseluruhannya, Program Bimbingan Kasih telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak. Diharapkan semua murid berasa gembira dan seronok dengan persekitaran ini. Mudah-mudahan, segala perancangan bagi membentuk kemenjadian murid pada tahun ini dapat direalisasikan dengan kerjasama semua pihak.
  sE










































No comments:

Post a Comment