Monday, 1 May 2017

AKTIVITI BULAN MAC - PPKI SMK SERI ISKANDAR

AKTIVITI SEPANJANG MAC 2017


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Diharapkan agar semuanya berada dalam kondisi yang baik. Berikut adalah antara program dan aktiviti yang telah berlangsung sepanjang bulan Mac 2017.

1. KEJOHANAN OLAHRAGA  PENDIDIKAN KHAS DAERAH PERAK TENGAH 2017 (1 MAC 2017)

    Bertempat di SK Changkat Lada 3, Kejohanan Olahraga  Pendidikan Khas  Daerah Perak Tengah telah diadakan dalam suasana yang penuh dengan semangat kesukanan dan daya saing yang tinggi. Alhamdulillah serta syukur kerana pasukan atlet PPKI SMK Seri Iskandar telah berjaya membawa pulang 5 emas. Tahniah diucapkan kepada semua atlet. Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang telah melatih anak istimewa kita ini.













2.  TERAPI BOLING DAN MINDA ( 14 Mac 2017)

   Semua murid dan guru serta PPM PPKI SMK Seri Iskandar telah mengikuti       program yang telah dijalankan di Ampang Superbowl Seri Islandar. Mereka juga telah menonton wayang sebagai terapi di LFS Cinema di Billion Seri Iskandar. Program berjaya dijalankan dengan jayanya.
















3.   KURSUS PENDEK PEMBUATAN BUN DI KOLEJ KOMUNITI BATU GAJAH (16 MAC 2017)

    Seramai 12 orang murid dan 4 orang guru telah mengikuti kursus pendek pembuatan bun di Kolej Komuniti Batu Gajah pada 16 Mac2017 yang lalu. Mereka adalah terdiri daripada kumpulan murid yang mengikuti Kemahiran Asas Vokasional Masakan di sekolah. Diharapkan pengalaman dan pengetahuan ini dapat digunakan sebaiknya oleh peserta kursus di masa hadapan.















No comments:

Post a Comment