Monday, 1 May 2017

GAMBAR RASMI PPKI SMKSI 2017


GAMBAR TERKINI



Murid-murid, guru-guru serta PPM Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) SMK Seri Iskandar.


Barisan guru dan PPM bergambar kenang-kenangan. 





KARNIVAL MBMMBI 2017

      Seperti biasa, pihak PPKI SMKSI juga akan menjalankan Karnival MBMMBI di peringkat PPKI sendiri. Panitia bagi 4 subjek teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains telah merangka aktiviti yang menarik sesuai dengan tahap murid. Ternyata pendekatan belajar sambil bermain dapat menarik minat murid. Mereka didapati lebih fokus dan menunjukkan semangat bekerjasama serta persaingan sihat sesama sendiri untuk mencapai objektif aktiviti dan juga pertandingan. 


1) Panitia Bahasa Malaysia






2)  Panitia Bahasa Inggeris






3)  Panitia Sains dan Matematik 







KEM BESTARI SOLAT
 PENDIDIKAN KHAS

    Pada 4 April yang lalu semua warga PPKI SMKSI telah mengikuti kem kerohanian iaitu Kem Bestari Solat Pendidikan Khas Tahun 2017. Program ini telah dijalankan di surau sekolah. Kem ini telah jalankan dibawah pimpinan Ustaz Othman bin Che Yaacob.

      Kerjasama yang diberikan oleh para peserta kursus amat baik. Mereka mematuhi arahan dan berani bertanyakan soalan kepada ustaz. Sesi amali solat juga telah berjaya dijalankan dengan berkesan. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.










AKTIVITI BULAN MAC - PPKI SMK SERI ISKANDAR

AKTIVITI SEPANJANG MAC 2017


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Diharapkan agar semuanya berada dalam kondisi yang baik. Berikut adalah antara program dan aktiviti yang telah berlangsung sepanjang bulan Mac 2017.

1. KEJOHANAN OLAHRAGA  PENDIDIKAN KHAS DAERAH PERAK TENGAH 2017 (1 MAC 2017)

    Bertempat di SK Changkat Lada 3, Kejohanan Olahraga  Pendidikan Khas  Daerah Perak Tengah telah diadakan dalam suasana yang penuh dengan semangat kesukanan dan daya saing yang tinggi. Alhamdulillah serta syukur kerana pasukan atlet PPKI SMK Seri Iskandar telah berjaya membawa pulang 5 emas. Tahniah diucapkan kepada semua atlet. Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang telah melatih anak istimewa kita ini.













2.  TERAPI BOLING DAN MINDA ( 14 Mac 2017)

   Semua murid dan guru serta PPM PPKI SMK Seri Iskandar telah mengikuti       program yang telah dijalankan di Ampang Superbowl Seri Islandar. Mereka juga telah menonton wayang sebagai terapi di LFS Cinema di Billion Seri Iskandar. Program berjaya dijalankan dengan jayanya.
















3.   KURSUS PENDEK PEMBUATAN BUN DI KOLEJ KOMUNITI BATU GAJAH (16 MAC 2017)

    Seramai 12 orang murid dan 4 orang guru telah mengikuti kursus pendek pembuatan bun di Kolej Komuniti Batu Gajah pada 16 Mac2017 yang lalu. Mereka adalah terdiri daripada kumpulan murid yang mengikuti Kemahiran Asas Vokasional Masakan di sekolah. Diharapkan pengalaman dan pengetahuan ini dapat digunakan sebaiknya oleh peserta kursus di masa hadapan.