Sunday, 26 March 2017

PROGRAM TRANSISI DARI PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS KE KERJAYA TAHUN 2017

PROGRAM TRANSISI DARI PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS KE KERJAYA TAHUN 2017


    Tahun ini merupakan tahun kedua program ini dijalankan. Program Transisi dari Program Integrasi Pendidikan Khas ke Kerjaya Tahun 2017 merupakan projek usahasama antara Jabatan Pendidikan Perak dan Persatuan DAYBREAK.

 Objektif program ini ialah :
  1. Menyediakan murid dengan pelbagai latihan vokasional yang berkaitan dengan peluang        pekerjaan.
  2. Melatih murid dengan tabiat kerja di tempat yang mempunyai suasana yang sama dengan tempat kerja sebenar.
  3. Membantu dan menyediakan murid untuk transisi dari alam persekolahan ke alam pekerjaan.
Seramai 4 orang murid dan seorang guru yang juga bertugas sebagai fasilitator mengikuti latihan di Persatuan DAYBREAK, Lahat. Semoga latihan dan pengalaman ini dapat membantu murid-murid ini pada masa akan datang.

Murid-murid mendengar taklimat ringkas.

Lawatan sekitar kawasan latihan.

Murid seronok belajar perkara baru.

Sesi lawatan ke kawasan latihan perkebunan.

Murid-murid dan guru perlu membuat catatan dan mengisi rekod  setelah tamat sesi latihan.





    

No comments:

Post a Comment