Tuesday, 31 January 2017


MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

  Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, murid PPKI SMK Seri Iskandar yang berkemampuan turut mengambil bahagian dalam aktiviti Merentas Desa Peringkat sekolah. Seramai 11 orang murid telah menyertai acara ini. Bagi murid-murid yang tidak dapat mengikuti acara Merentas Desa atas faktor kesihatan, mereka mengikuti aktiviti dalam kelas dibimbing oleh guru dan PPM. Berikut adalah senario pada hari tersebut.

Ceria dan bersedia di garisan permulaan.


Bersemangat.


Antara aktiviti di dalam kelas bagi murid yang tidak mengikuti larian.

Farhan menyiapkan tugasannya.
Puan Zuraini, Puan Raudah, Puan Nor Hayati dan Puan Junaida yang bertugas di garisan penamat.

Rumah WIRA mengungguli acara Merentas Desa Peringkat Sekolah Tahun 2017.

Para pemenang bagi kategori Pendidikan Khas bagi acara Merentas Desa 2017 kali ini. Tahniah.


MESYUARAT AGUNG
UPS, KELAB & PERSATUAN DAN SUKAN PERMAINAN
PPKI SMK SERI ISKANDAR 2017


    Pada hari Jumaat, 6 Januari 2017, semua murid PPKI SMK Seri Iskandar telah mengikuti Mesyuarat Agung Unit Pakaian Seragam (UPS), Kelab & Persatuan dan Sukan dan Permainan. Semua murid telah mengambil bahagian dalam aktiviti mencalonkan dan memilih AJK tertinggi bagi ketiga-tiga unit tersebut di bawah bimbingan dan seliaan guru. Berikut adalah Ketua Guru Penasihat dan AJK tertinggi bagi ketiga-tiga unit tersebut.


Catatan lantikan.
Unit Pakaian Seragam - Pengakap Pendidikan Khas
Ketua Guru Penasihat : Puan Nor Hayati bt Razali

Persatuan  Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas
Ketua Guru Penasihat : Puan Adilah bt Baharudin
Kelab Badminton - Sukan & Permainan Pendidikan Khas
Ketua Guru Penasihat  : Puan Suria bt Said

   Diharapkan, murid dapat mengikuti aktiviti yang akan dijalankan oleh ketiga-tiga unit untuk sepanjang tahun. Seperti biasa, perjumpaan Kokurikulum PPKI SMK Seri Iskandar dijalankan pada ketetapan berikut ;

Hari  :  Selasa
Waktu : 2.00 - 4.00 petang
Pakaian  :  Pakaian Sukan (T-shirt Kuning sekolah dan seluar trek hitam)


MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN


       Tahun ini, semua murid PPKI SMK Seri Iskandar adalah ahli Rumah WIRA iaitu Rumah Biru. Mesyuarat Agung Rumah Sukan telah di adakan pada 5 Januari 2017. Semua ahli rumah WIRA iaitu gabungan murid perdana dan murid PPKI telah berkumpul di Dataran Perhimpunan. Sesi perlantikan AJK tertinggi turut dijalankan. Saudara Muhammad Nur Firdaus bin Zamri telah dilantik menjadi wakil AJK Pendidikan Khas. 

Murid-murid PPKI mendengar taklimat oleh guru Rumah WIRA.

Sesi lantikan AJK Tertinggi Rumah WIRA.


Guru-guru PPKI turut melibatkan diri dengan aktiviti perdana dengan SEMANGAT WIRA (BIRU) tahun ini.