Monday, 3 October 2016

Kursus Pendek Pembuatan Pizza

Seramai 12 orang murid, 3 orang guru dan seorang PPM telah mengikuti Kursus Pendek Pembuatan Pizza di Kolej Komuniti Batu Gajah. Murid yang terlibat tekun dan fokus mempelajari cara-cara pembuatan pizza yang mana dapat membantu meningkatkan kemahiran mereka. Kursus telah berjaya dijalankan dengan baik dan tingkah laku murid terkawal.






Program Cetakan Baju bersama Murid Seni Reka Tanda (SRT)

Pada hari Khamis, 8 September 2016, warga PPKI telah menjalani Program Cetakan Baju bersama murid-murid kelas Seni Reka Tanda SMK Seri Iskandar. Didapati, semua yang terlibat gembira dan seronok dengan pengalaman menjalankan projek kemahiran sebegini. Setiap murid dapat mencetak baju masing-masing dengan bantuan guru dan fasilitator yang terdiri daripada murid SRT itu sendiri. Diharapkan program usahasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Murid-murid SRT SMK Seri Iskandar menunjukkan demonstrasi.

Tn. Hj  Mohd Nizar, guru SRT membimbing dan memantau aktiviti murid PPKI.

Farhan dan Faris tekun melakukan aktiviti amali.

Murid-murid tidak melepaskan peluang mempelajari cara mencetak pada t-shirt kosong.

Junaidi juga tidak melepaskan peluang.

Guru-guru juga turut serta dalam aktiviti ini.

Bengkel Seni Reka Tanda.

T-shirt yang masih putih berseri sebelum dicetak.

Antara hasil kerja murid.




PROJEK TERNAKAN IKAN KELI PPKI SMKSI 2016
&
PROGRAM TITIAN KEMERDEKAAN PPKI SMKSI 2016


En. Jeyarathnakumar bersama pegawai perikanan. 

Penolong Kanan PPKI SMK Seri Iskandar, En. Jeyarathnakumar A/L Thiravianathan telah mendapat kebenaran dan sokongan daripada pihak sekolah untuk membuat Projek Ternakan Ikan Keli PPKI. Setelah berbincang dengan Pengarah Perikanan Negeri Perak, sukacita dimaklumkan yang pihak mereka bersetuju memberikan peruntukan dari segi peralatan untuk projek tersebut.

    Rentetan daripada itu, pihak PPKI telah melaksanakan gotong-royong bagi membina tapak ternakan ikan keli tersebut. Ia telah dijalankan pada 13 Oktober 2016 (Sabtu). Seramai 34 orang termasuk guru, murid, ibu bapa dan pekerja pembersihan sekolah (swasta) telah menghadirkan diri serta membantu merealisasikan pembinaan tapak ini.

Bukan itu sahaja, oleh kerana bulan ini juga merupakan Bulan Kebangsaan, maka kehadiran mereka juga turut membantu menghiasi sekitar Blok PPKI dengan bendera dan objek yang dapat menerapkan semangat patriotik.

Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing.

Terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan.

YDP Badan Permuafakatan Pendidikan Pendidikan Khas SMK Seri Iskandar, En. Ibrahim bin Uda Arshad turut menghadirkan diri membantu  membuat tapak kolam ternakan ikan keli.

Kerjasama padu di antara guru, ibubapa dan pekerja sekolah.

Aiman juga belajar cara menyemen daripada En. Ahmad Fadzil, bapa Faris.