Wednesday, 24 August 2016

Program Transisi dari Program Integrasi Pendidikan Khas Ke Kerjaya Tahun 2016 (Kohot 2) - Projek Usahasama Jabatan Pendidikan Perak dan Persatuan Daybreak

PERKEBUNAN - 1

Seramai 4 orang murid yang mengikuti latihan di Persatuan Daybreak telah menjalani latihan perkebunan bermula 28 Julai 2016. Mereka mendengar taklimat ringkas terlebih dahulu sebelum diagihkan tugasan mengikut sekolah.
     Didapati murid ceria dan bersungguh-sungguh menyiapkan latihan amali masing-masing. Meskipun baju mereka agak kotor namun mereka masih tersenyum dan tidak malu meminta tunjuk ajar dan bantuan.

Bersama murid-murid dari PPKI SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah.

Antara slaid pengajaran semasa sesi taklimat.

Tugasan di Nursery Daybreak.

Suaibah dan Shamimi bergaya sebelum bertugas.

Ali dan Firdaus juga dengan gaya tersendiri.

Murid-murid bergerak ke kawasan anak pokok yang perlu dialihkan.

Kerjasama.

Kesabaran dan usaha yang gigih diperlukan untuk mencabut, mengangkat dan mengalihkan pokok ini.

Tenaga kerja Daybreak, Cikgu Jaycee memantau aktiviti murid dan membimbing mereka.

Ali amat berminat melakukan latihan dan tugasan sebegini.

Peserta latihan juga berkesempatan melihat cili yang ditanam secara fertigasi di Persatuan Daybreak.


PROGRAM TRANSISI KERJAYA  - d' HOTEL


Pada 27 Julai yang lalu seramai 8 orang murid PPKI telah mengikuti latihan amali dalam Program Transisi Kerjaya di d'Hotel. Mereka telah diberikan tunjuk ajar dan dibimbing melakukan tugas-tugas pembersihan am seperti menyapu lantai dan mengelap serta membersihkan lift di hotel. Sokongan moral daripada keluarga merupakan teras keberanian dalam membentuk penerimaan kendiri yang positif. Perlu diterapkan dan diingatkan kepada murid tentang kebaikan bekerja dan tidak memilih kerja asalkan ia dapat memberikan pendapatan yang halal dan meningkatkan potensi diri mereka sendiri sebagai salah seorang ahli masyarakat.

Murid melihat dahulu demonstrasi mengelap dan membersihkan lantai sebelum diberi peluang membuat latihan amali secara individu.

Antara gelagat murid semasa melaksanakan amali.

Murid tekun mendengar taklimat.

Murid dipantau oleh wakil pihak d'Hotel semasa sesi latihan amali.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid kerana berjaya menyudahkan latihan amali pada kali ini.


Sunday, 21 August 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PPKI SMKSI 2016


 Pada 3 Ogos 2016 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat PPKI Tahun 2016. Ianya telah disambut di Dewan Terbuka Blok Dedikasi, SMK Seri Iskandar.
  Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha En. Ahmad Zakuan bin Haji Mohd Razi, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah. Meskipun pada tahun ini, majlis disambut di dalam kawasan sekolah, namun kemeriahan, keakraban dan kerjasama daripada pihak ibubapa dan seluruh warga PPKI dapat dirasai dan diteladani.
   Pelbagai jenis juadah telah disediakan. Lemang dan rendang ayam merupakan satu kemestian. Para ibubapa juga turut membawa buah-buahan sebagai pencuci mulut selain daripada Bubur Anak Lebah yang disediakan oleh pihak PPKI.
     Dalam majlis ini, murid-murid turut menerima duit raya yang disumbangkan oleh individu tertentu bagi berkongsi rasa kesyukuran dan kegembiraan di bulan yang mulia. Majlis berjalan dengan suasana meriah dan santai hingga ke penghujungnya.




Sambutan ringkas bagi meraikan Hari Jadi Muhammad Nur Arif bin Sapri diadakan sebelum memulakan 
Majlis Sambutan Hari Raya. Dia merupakan murid tahun akhir dan bakal menamatkan pembelajarannya 
pada hujung tahun ini.

GAMBAR SEKITAR MAJLIS BERLANGSUNG...

Pn. Adilah selaku pengacara majlis.


Tn. Hj Abdul Aziz bin Mansor, bapa kepada Ruzaimah (PK Dedikasi)
membacakan doa.

En. Ibrahim bin Uda Arshad, bapa Nur Hidayah (PK Cemerlang) selaku YDP Badan Permuafakatan P. Khas
memberikan ucapan.


Ucapan daripada Pn. Mashitah bt Ismail, Pengetua SMK Seri Iskandar.



En. Ahmad Zakuan bin Hj Mohd Razi, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah
menyampaikan duit raya kepada murid-murid PPKI SMKSI.


 WAJAH-WAJAH CERIA AIDILFITRI


Senyum jangan tak senyum.

Antara tetamu yang hadir menjamu selera.

Tetamu VIP menjamu selera.

Antara ibubapa yang hadir memeriahkan majlis ini.

Guru, PPM dan murid bergambar kenang-kenangan di akhir majlis.

















Wednesday, 17 August 2016

Mesyuarat Badan Permuafakatan PPKI SMKSI Bil 1/2016


Pada 25 Julai 2016 yang lalu telah dijalankan Mesyuarat Badan Permuafakatan PPKI SMKSI di Bilik Mesyuarat sekolah. Perbincangan dan makluman tentang hal-hal murid-muid khas ini berjalan dengan baik dan harmoni. En. Jeyarathnakumar selaku PK Pendidikan Khas yang baru juga turut memperkenalkan diri dan menyampaikan hasratnya agar dapat sama-sama meningkatkan kecemerlangan PPKI SMKSI.