Wednesday, 18 May 2016

BENGKEL ICT CHALLENGE PENDIDIKAN KHAS 
NEGERI PERAK 2016

Tarikh   : 10 - 13 Mei 2016
Tempat : SK Seri Kinta, Ipoh

Peserta:                                                                      Guru Pengiring/ Fasilitator :
  1. Adam bin Sham Alwi                                           1. Pn. Adilah bt Baharudin
  2. Abdul rahim Zaidan binZainal Ariffin
  3. Nur Fatin Farahana bt Lee
   Unit Pendidikan Khas Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak telah menganjurkan program berkenaan. Ia bertujuan memberi pendedahan awal tentang Malasia ICT Challenge for Special Needs.
    3 orang murid yang terlibat menyatakan keseronokan menimba pengetahuan baru, mendapat rakan baru serta belajar dalam suasana dan persekitaran yang juga baru. Mereka perlu meningkatkan lagi kemahiran ICT dan Bahasa Inggeris agar dapat bersaing di peringkat global. Semoga berjaya!







PROGRAM TRANSISI KERJAYA
(KURSUS PENDEK REFLEKSOLOGI)

TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI BATU GAJAH
TARIKH  : 11 MEI 2016 (RABU)
MASA     : 8.30 PG - 12.30 TGH

     Seramai 9 orang murid diiringi 3 orang guru telah ke Kolej Komuniti batu Gajah untuk mengikuti kursus pendek ini.Tenaga pengajar dari Kolej Komuniti ialah Puan Nor Salfina bt Said. Semua yang terlibat dapat mengikuti kursus ini dengan jayanya. Penerangan dan tunjuk ajarnya jelas dan mudah difahami .

Sesi pengenalan dan taklimat ringkas tentang alatan.

Demontrasi langkah demi langkah ditunjukkan dengan jelas.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta, En. Mohd Hanifah bt Main turut hadir melihat perjalanan kursus.

Najmi cuba mengaplikasikan teknik yang telah dipelajari.

Bergambar kenang-kenangan.



MAJLIS TILAWAH AL-QURAN 
PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 2016

TARIKH : 09 - 12 MEI 2016
TEMPAT : POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA


    Mohamad Junaidi b. Mohd Khairi, murid kelas PK Aktif 1 telah terpilih menganggotai kumpulan nasyid mewakili negeri Perak ke Pertandingan Nasyid dan Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Kebangsaan 2016.




     Keputusan pertandingan nasyid tahun ini ialah, Perak telah mendapat tempat Ke-4. Tahniah.
   
PROGRAM TRANSISI KERJAYA 
(PEMBERSIHAN AM)

Pada 20 April 2016 yang lalu, seramai 7 orang murid dan 2 orang guru pengiring telah ke d' Hotel Seri Iskandar. Ini merupakan tahun kedua kerjasama dengan pihak hotel, namun dengan transisi kerjaya yang berlainan. Kali pertama merupakan pengemasan bilik dan kali ini ialah pembersihan am.
     Objektif program ini ialah bagi memberi murid memiliki kemahiran yang dapat digunapakai untuk mencari pekerjaan. Selain daripada mendedahkan murid dengan suasana kerja yang sebenar, murid juga dapat meningkatkan keyakinan diri di samping memperbaiki komunikasi mereka dengan masyarakat.
    Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengenal alatan dan bahan, cara penggunaan mop, dash mop dan vakum serta mengutamakan keselamatan semasa menyiapkan tugasan. Murid-murid didapati dapat memahami arahan dan tunjuk ajar yang diberi dan melibatkan diri dengan baik.

Alatan dan bahan yang akan digunakan semasa melakukan tugas.

Tenaga pengajar memperkenalkan alatan.

Tenaga pengajar menyatakan fungsi alatan.

Semasa bekerja, keselamatan perlu dititik beratkan.

Latihan amali setiap murid dalam mengendalikan alatan.

Menanti giliran.




FUN WITH CLAY SPECIAL EDITION 2016
BERSAMA UITM SERI ISKANDAR, PERAK

Seramai 21 orang murid, 8 orang guru dan 2 orang PPM telah mengikuti Terapi Seni Seramik iaitu Program Fun With Clay Special Edition di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Seri Iskandar. Para fasilitatornya terdiri daripada pensyarah dan penuntut  Seramik UiTM. Mereka telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan semasa menjayakan program ini. Mereka begitu sabar sering tersenyum semasa membimbing dan melayani murid-murid istimewa kami.
   Didapati murid serta guru ceria, gembira, bebas bergerak dan berkarya di samping meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran manipulatif, daya tumpuan dan kreativiti serta cara berkomunikasi. Di harapkan dengan kerjasama dan hubungan yang telah terjalin, program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.



Tekun.
Shamimi bersama hasil kreativitinya.

Ruzaimah yang begitu asyik menghias tanah liatnya.


Slot yang dinanti-nantikan oleh  murid dan guru.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah  Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta, En. Mohd Hanifah bin Main mendengar penerangan daripada wakil UiTM tentang perjalanan program.

Ikhwan teruja dan merasa seronok serta geli semasa menjalankan aktiviti ini.

Hidayah tidak putus asa dan mencuba beberapa kali bagi mendapatkan saiz karya yang diingininya.

Kandi sesi Spinning Clay.

Sesi penyampaian cenderamata.

Bergambar kenang-kenangan sebelum kembali ke sekolah.




MAJLIS ANUGERAH GEMILANG AKADEMIK 2016

Pada 14 April 2016 telah diadakan Majlis Anugerah Gemilang Akademik 2016. Murid-murid Pendidikan Khas yang berjaya mendapat tempat pertama hingga ketiga bagi setiap kelas dalam Peperiksaan Akhir tahun 2015 turut hadir bagi menerima anugerah. Tahniah diucapkan kepada mereka. Kepada yang tidak berjaya, tingkatkan kemahiran dan pengetahuan anda agar lebih maju dan berjaya di masa akan datang.

Penerima hadiah dan anugerah kecemerlangan bagi Kelas Pendidikan Khas

Menonton persembahan murid.

Tahniah Muhammad Nur Arif.


Tahniah Muhammad Najmi.

Pembakar semangat murid.

Tahniah Suaibah.