Tuesday, 12 April 2016


KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN BERASASKAN IKAN
(KEROPOK LEKOR)

TARIKH    : 31 MAC 2016
HARI        : KHAMIS
MASA      : 8.00 PAGI - 1.00 PETANG



Seramai 24 orang murid, 11 orang guru dan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid(PPM) telah mengikuti kursus pendek Penyediaan Makanan Berasaskan Ikan (Keropok Lekor). 3 orang tenaga pengajar jemputan telah hadir ke sekolah dan memberi tunjuk ajar. Objektif kursus ini ialah untuk menambah pengetahuan dalam bidang Kemahiran Hidup, mengeratkan silaturahim, memberi peluang murid mengenali bidang keusahawanan serta membentuk akhlak dan sahsiah berwawasan.

Isi ikan yang telah dikisar.
    Kursus ini telah berjaya dilaksanakan dan mendapat kerjasama yang baik antara pihak sekolah dan komuniti luar. Latihan berterusan boleh diberikan kepada murid-murid untuk menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan mahir membentuk keropok lekor.
Murid-murid lelaki telah bergilir-gilir cuba mengisar ikan secara manual menggunakan mesin khas.
Bahan-bahan seperti tepung, serbuk lada hitam dan garam dalam kuantiti yang betul perlu digaul mesra.
Kemahiran,  kesabaran dan kebersihan perlu diterapkan semasa bekerja.




 Sebelum menggoreng keropok yang sudah diuli dan digentel mengikut saiz, keropok hendaklah direbus terlebih dahulu sebelum digoreng.















Lawatan Ke Balai Bomba Seri iskandar

 Lawatan Ke
 Balai Bomba Seri Iskandar

TARIKH    :  1 MAC 2016 (SELASA)
TEMPAT   : BALAI BOMBA SERI ISKANDAR
MASA        : 2.00 - 4.30 PETANG


Seronok!!!
Itu adalah ucapan dan jawapan yang diberikan oleh murid semasa membuat lawatan ke Balai Bomba Seri Iskandar. Mereka sangat gembira melihat anggota bomba yang berpakaian lengkap dan kenderaan serta alatan yang dipamerkan di sana. 

   Sesi penerangan yang teratur serta demontrasi memudahkan murid faham tentang bagaimana pihak bomba bertindak dan menjalankan tugas mereka. Pengalaman berpeluang memakai sut memadamkan api, menaiki trak bomba dan menyembur air menggunakan hos bomba sukar dilupakan oleh semua warga PPKI.

Kandid







 KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN
SMK SERI ISKANDAR KALI KE-15


Pada 25 Februari 2016, telah dijalankan Kejohanan Olahraga dan Balapan Kali ke-15 yang bertempat di Padang SMK Seri Iskandar. Semua murid PPKI SMKSI telah terlibat dan mengambil bahagian. Ada murid yang terlibat dalam acara sebelum sukan, dan ada juga yang mengambil bahagian pada hari kejohanan.

       Acara 4x100 meter antara sekolah PPKI telah menjadi pembuka tirai pada kejohanan kali ini. PPKI SMK Changkat Lada, Kg. Gajah dan PPKI SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah telah hadir dan mengambil bahagian dalam acara ini. Tahniah diucapkan kepada Pasukan A PPKI SMK Seri Iskandar kerana telah menjadi johan. Semangat kesukanan dan persaingan secara sihat yang ditunjukkan oleh para peserta mencapai objektif yang telah disasarkan disamping merapatkan ukhwah melalui aktiviti sukan.

      Lebih menarik lagi, warga PPKI SMK Seri Iskandar telah
mendapat kebenaran dari pihak pentadbir untuk membuat aktiviti latihan keusahawanan yang melibatkan kerjasama daripada semua murid dan guru. Pelbagai jenis produk makanan dan minuman telah dijual pada hari kejohanan. Beberapa murid telah ditugaskan untuk menguruskan jualan dan dibimbing oleh para guru.

Acara yang dipertandingkan sebelum hari sukan iaitu 100 meter (Lelaki 2).

Penerangan ringkas oleh Setiausaha sukan sebelum acara dimulakan.


Peserta dan guru pengiring dari PPKI SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah.





PROGRAM KEM BESTARI SOLAT & PINTAR JAWI


Tarikh   :  23 Februari 2016
Masa     :  8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat  : Surau dan Dewan Terbuka Blok Dedikasi, SMK Seri Iskandar


Objektif program ini ialah:
1. Melahirkan murid yang beriman dan bertakwa kepada Allah.
2. Memberi pendedahan dan memastikan murid-murid dapat mengamalkan perkara fardu asas dalam kehidupan seharian.
3. Program Pintar Jawi dimasukkan agar murid dapat membaca huruf jawi. Mereka juga dapat menyebut padanan huruf rumi, dapat membezakan bentuk dan bunyi huruf yang hampir sama.

Alhamdulillah, program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan mendapat kerjasama dan sokongan daripada pihak yang terlibat. SMK Sungai Ranggam, SMK Sultan Muhammad Shah, SMK Sultan Muzafar Shah 1 turut menghantar murid bagi mengikuti program ini. Segmen Pintar Jawi telah dikendalikan oleh Ustaz Wan Mohd Azhar b Wan Mahamod. Beliau adalah penceramah jemputan dari SK Dato' Alaudin, Selinsing.

Bahan edaran kepada para peserta.

Bapa Ruzaimah iaitu Tuan Hj. Abdul Aziz sedang memberi penerangan tentang wuduk, solat dan mandi wajib.

Amali wuduk.

Amali solat.
 

Guru-guru pengiring yang turut serta dalam program ini.

Penolong Kanan Pendidikan Khas, Pn. Azizan bt Soid  bersama penceramah Pintar Jawi iaitu Ustaz Wan Mohd Azhar bin Mahamod.

Sesi penerangan.

Sekalung penghargaan tanda ucapan terima kasih di atas perkongsian ilmu.