Tuesday, 16 February 2016

KURSUS KEPIMPINAN 

Seramai 6 orang murid yang terdiri dari Pengawas Pendidikan Khas dan Ketua Kelas Pendidikan Khas telah terlibat dalam Kursus Kepimpinan  tahun ini. Kursus ini telah berlangsung di Dewan IKBN, Seri Iskandar pada  3 Februari 2016. 

   Kursus ini sedikit sebanyak telah memberi pendedahan dan peluang kepada pemimpin murid-murid PPKI bersosialisasi dan memperbaiki mutu kepimpinan dan komunikasi mereka. Meskipun mereka kelihatan malu-malu pada awalnya, namun sokongan dan penerimaan rakan-rakan perdana memberi ruang dan keyakinan untuk mereka menunjukkan bakat dan potensi yang ada. Semoga mereka dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

Murid-murid SMK Seri Iskandar mampu mengendalikan kursus dan membimbing serta memimpin rakan-rakan mereka. 


Adam dan Junaidi kelihatan malu-malu semasa mengikuti aktiviti dalam kumpulan kerana bercampur dengan rakan dari aliran perdana.


Megat dan Najmi kelihatan serius.


Menjamu selera bersama rakan-rakan.

MERENTAS DESA

Merentas desa merupakan acara tahunan yang disertai oleh murid-murid PPKI yang berkemampuan. Pada tahun ini, seramai 15 orang murid mengikuti acara Merentas Desa peringkat sekolah yang telah dijalankan pada hari Jumaat, 22 Januari 2016. Murid-murid yang tidak dapat melibatkan diri dalam aktiviti ini bermain permainan dalam seperti congkak, karom dan dam ular. Mereka juga membuat aktiviti membaca dan mendengar cerita pendek oleh guru dan PPM.

   5 orang murid yang terawal sampai ke garisan penamat dalam acara Merentas Desa 2016 telah menerima hadiah sebagai tanda sokongan terhadap usaha mereka menghabiskan larian. Murid-murid yang berjaya ialah :
  1. Muhammad Zul Aiman b Mohd Zamry
  2. Muhammad Nur Firdaus b Zamri
  3. Adam b Sham Alwi
  4. Muhammad Junaidi b Abd Khairi
  5. Megat Redduan b Megat Abdul Rahman

 Snap Sana Sini!









Muhammad Junaidi  meraih tempat ke-5.

Megat berjaya mendapat tempat ke-empat.

Kecil-kecil cili padi. Isma berjaya mendapat tempat ketiga.

Tempat Kedua menjadi milik Muhammad Nur Firdaus.

Muhammad Zul Aiman telah berjaya menjadi Johan bagi Kategori Pendidikan Khas tahun ini.

Faris pula begitu bertuah dengan hamper cabutan bertuah yang dimenanginya.





Monday, 15 February 2016

PROGRAM TRANSISI BAGI PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS
 KE KERJAYA TAHUN 2016 (KOHOT 1)



Pada tahun ini, seramai 4 orang murid Pendidikan Khas SMK Seri Iskandar beserta seorang guru telah bepeluang mengikuti Program Transisi bagi Program Pendidikan Khas ke Kerjaya 2016. Objektif program ini ialah:
  1. Menyediakan  murid dengan pelbagai latihan vokasional yang berkaitan dengan peluang pekerjaan yang berpotensi.
  2. Melatih murid tentang tabiat kerja di tempat yang mempunyai suasana yang sama dengan tempat kerja sebenar.
  3. Membantu menyediakan murid untuk transisi dari alam sekolah ke alam pekerjaan.

Murid-murid dan guru yang terlibat adalah :

1. Mohamad Najmi bt Mohd Nor - murid PK A1
2. Abdul Rahim Zaidan b Zainal Ariffin - murid PK A
3. Megat Redduan bin Megat Abdul Rahman - murid PK B
4. Muhammad Aiman bin Daud - murid PK Cemerlang

     Cikgu Adilah bt Baharudin selaku guru pengiring dan juga fasilitator bertanggungjawab membawa keempat-empat murid ini ke Persatuan Daybreak yang bertempat di Lahat, Perak pada setiap hari Khamis. Mereka akan menerima latihan bermula jam 8.45 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan tiada latihan pada masa cuti penggal persekolahan. Antara latihan Vokasional yang akan dijalankan ialah :
a) Pembuatan stoking (Socks manufacturing) - 4 minggu
b) Pembersihan (General Cleaning) - 1 minggu
c) Pengenalan Komputer - 1 minggu
d) Pembungkusan ( Subcontract work for factory) - 3 minggu
e) Perkebunan (Plant Nursery) - 3 minggu
f) Lawatan Sambil belajar - 1 minggu

   Fasilitator akan bertanggungjawab secara langsung untuk mendampingi dan membimbing murid yang terlibat bersama Jurupulih Carakerja (Occupational Therapist) dari Persatuan Daybreak. Dia juga bertanggungawab secara langsung dalam penyeliaan, pengawasan, memberi bimbingan serta mengumpul dan menulis maklumat tentang perkembangan murid.


Minggu 1 (Sesi Orientasi dan Taklimat)

Sesi taklimat dan tayangan mengenai Pusat Daybreak.

Cik Syuhada, jurupulih carakerja memberi sedikit penerangan sebelum membawa murid-murid melawat sekitar kawasan latihan kerja.

Murid-murid PPKI SMK Seri Iskandar dan PPKI SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah khusyuk mendengar taklimat.

Tunjuk cara penggunaan
'punch card'



Pengenalan kepada kawasan sekitar tempat latihan.


Murid tidak sabar-sabar untuk memulakan latihan di sini, pada minggu hadapan.


Minggu 2 ( Pembuatan Stoking) - 28 Januari 2016




Seperti biasa, latihan akan dimulakan setelah semua murid membuat senaman ringan dan regangan. Setelah mendengar taklimat ringkas tentang pelajaran dan latihan yang akan dipelajari, murid terus menuju ke meja kerja. Pada hari ini, murid-murid telah membuat simulasi guntingan menggunakan pelbagai media. Dimulakan dengan menggunting kertas bergaris lebar dan kemudiannya bergaris nipis dan kecil. Sekiranya berjaya, mereka akan dibenarkan menggunting kain yang bertanda garis menggunakan gunting kain. Hasil guntingan yang kemas dan lurus akan menentukan samada mereka boleh meneruskan tugasan yang seterusnya iaitu menggunting stoking.


Bekalan Meja dan Kerusi Baru



Alhamdulillah, pada 12 Januari 2015, kami telah menerima bekalan meja dan kerusi baru dari pihak JPN Perak. Sememangnya pihak PPKI memerlukan bekalan kerusi dan meja yang baru memandangkan terdapat banyak kerusi dan meja telah rosak dan berlakunya pertambahan murid pada tahun ini. Proses pemasangan meja tersebut telah dibuat di sekolah. Sudah pasti murid-murid dapat belajar dengan selesa.  












MESYUARAT AGUNG & PERLANTIKAN AJK BAGI
UNIT PAKAIAN SERAGAM, PERSATUAN , SUKAN PERMAINAN & 1M1S PPKI SMKSI 2016


Pada hari Selasa, 8 Januari 2016,PPKI SMKSI telah mengadakan Mesyuarat Agung dan melantik AJK bagi Unit Pakaian Seragam, Persatuan Pendidikan Khas, Sukan Permainan dan  1 Murid 1 Sukan.

 Selamat menjalankan tugas kepada AJK yang telah dilantik.


Sesi pencalonan berjalan lancar.

Berikut adalah senarai murid yang telah terpilih memimpin unit masing-masing bersama guru pemimpin.

AJK Kelab Sukan dan Permainan bersama Pn. Halimahtun Sa'diah selaku Ketua Guru Penasihat.

AJK Persatuan Pendidikan Khas bersama Pn. Suria selaku Ketua Guru Penasihat.

Pn Nor Hayati selaku Ketua Guru Penasihat bersama AJK Pengakap Pendidikan Khas.

AJK 1 Murid 1 Sukan.


Sesi perjumpaan dan perlaksanaan aktiviti Kokurikulum akan dijalankan pada setiap hari Selasa. 
Murid-murid akan pulang pada jam 4.00 petang.
Sebarang pembatalan atau penundaan tarikh akan dimaklumkan melalui memo ataupun Whatsapp (Whatsapp Badan Pemuafakatan Pendidikan Khas).

Berikut adalah Jadual Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum  PPKI SMK Seri Iskandar bagi tahun 2016.