Tuesday, 19 August 2014

KEM IBADAH SOLAT PPKI SMKSI 2014

Program yang dirancang, Alhamdulillah berjalan dengan lancar.
Kem Bestari Solat PPKI Peringkat Sekolah telah berjaya dijalankan pada 29 April 2014 (Selasa). Ia telah dijalankan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang bertempat di Surau SMK Seri Iskandar.

Di bawah adalah gambar-gambar sekitar program tersebut.







SAMBUT HARI JADI DENGAN EX-MURID

Tahun ni, admin tidak lagi menjadi guru kelas mereka.
Namun begitu, ikatan rapat yang terjalin lebih tiga tahun dengan mereka,terutama sekali dengan Masliana yang merupakan salah seorang murid senior . Oleh kerana tarikh hari jadi kami hampir, dengan kebenaran ibubapa mereka, kami menyambutnya di luar.

Masa untuk memilih menu

Makanlah...apa tunggu lagi!

Berkesempatan mencuba Tutti Frutti


Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.


MAJLIS ANUGERAH GEMILANG AKADEMIK KALI KE 13 2014


TARIKH : 17 APRIL 2014 (KHAMIS)
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN TERBUKA BLOK D, SMK SERI ISKANDAR

Sepintas lalu suasana majlis yang telah berlangsung pada bulan April yang lalu. Murid-murid Pendidikan Khas yang menunjukkan kecemerlangan dan pencapaian yang baik dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2013 telah mengambil hadiah dan sijil dalam majlis yang gilang-gemilang itu. Tahniah dan teruskan kecemerlangan anda.

2 orang guru PPKI juga turut menerima Anugerah Penghargaan Guru kerana telah berkhidmat tanpa mengambil cuti bagi sepanjang sesi persekolahan tahun lepas. Tahniah cikgu, Moga ini menjadi pemangkin kepada semua guru di sekolah ini, dan kepada warga PPKI SMKSI khususnya untuk terus berkidmat dengan cemerlang.








D) KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS 2014
     Tempat : Stadium Perbandaran Manjung
     Tarikh :  11 Mac 2014

Alhamdulillah kami berjaya meraih 4 EMAS, 4 PERAK & 4 GANGSA...
SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PESERTA, JURULATIH DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT.
Semoga pencapaian yang lebih baik akan diperolehi di masa akan datang.








Thursday, 19 June 2014

c) LATIHAN OLAHRAGA - Sepanjang Februari hingga Mac 2014

Semua murid P. Khas yang berkebolehan dan berkemampuan menjalani latihan terutamanya sewaktu PdP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Guru-guru PJ/PK iaitu Cikgu Adilah, Cikgu Zuita dan Cikgu Suhaibah mengenalpasti murid dan latihan diteruskan secara bergilir-gilir dengan cikgu Pendidikan Khas yang lain pada minggu-minggu yang hampir dengan hari kejohanan.


Cikgu Mazani menunjuk ajar cara memulakan larian kepada murid-murid P. Khas.

Sempat bergambar setelah selesai sesi latihan dan bersenam.



b) PROGRAM HALUAN KASIH
   Telah dijalankan pada 2,3 dan 6 Januari 2014


-       Pada hari pertama persekolahan, murid baru dan ibubapa mereka mengikuti sesi taklimat dan perbincangan bersama Penyelaras PPKI SMKSI sementara murid lama berada di dalam kelas bersama guru kelas.
-       Guru Kelas telah menguruskan aktiviti pengisian borang dengan membantu murid-murid menulis nama dan maklumat mengenai diri mereka.
-       Semua guru P. Khas turut memberi taklimat berkaitan bidang tugas masing-masing semasa sesi taklimat orientasi.
-   Slot tahun lepas iaitu sesi bergambar (gambar pasport) turut dikekalkan bagi memudahkan penyimpanan gambar seragam oleh pihak sekolah.
-   Pada hari terakhir, semua murid di bawa menjelajah dan mengenali kawasan persekitaran sekolah seperti Pusat Sumber dan Dewan Terbuka Blok D.

-       Didapati murid (PK C) sukar dan tidak berminat untuk aktiviti pengisian borang di mana mereka mengambil masa yang lama iaitu 3 hari untuk menyiapkannya dan memerlukan bantuan guru dan rakan lain.
-       Ruangan perjumpaan untuk sesi taklimat orientasi dijalankan di dalam Kelas PK D dan ianya adalah sempit dan mengundang rasa  ketidakselesaan kepada murid.
-       Meskipun Dewan Terbuka telah digunakan untuk sesi orientasi Tingkatan 1, murid-murid PPKI boleh membuat sesi orientasi kami di Bilik Media ataupun Makmal Bahasa kerana ruangnya lebih luas.

  
   Secara keseluruhannya objektif program ini tercapai di mana ianya telah dilaksanakan dengan baik atas usaha dan kerjasama semua guru, PPM dan murid. Adalah diharapkan agar semua murid pada tahun ini dapat membudayakan budaya sekolah. Selain itu, pemantauan tentang disiplin, sahsiah dan keyakinan diri murid yang kerap disebut dan diingatkan dalam sesi taklimat akan kerap dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan murid memiliki fizikal dan personaliti serta emosi yang stabil untuk mengikuti pembelajaran dengan riang, selesa dan ceria.

Snap Sana Sini














Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua

Maafkan admin kerana mengambil masa yang agak lama untuk mengemaskinikan blog ini.
Walaubagaimanapun, untuk pengetahuan semua, pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang sesi persekolahan penggal pertama tahun 2014 telah berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah dan sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha mendidik anak-anak istimewa ini...

Kami kongsikan beberapa program yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang Januari hingga Mei 2014.

a) Program Gotong-royong (pindah ke blok baru).
     DISEMBER 2013

Memulakan aktiviti dengan bacaan Yassin 

Kerjasama erat para bapa

Para ibu turut menyumbang khidmat tenaga memindahkan BBM ke blok baru.

Apa yang penting...KERJASAMA!

Pak Brahim (En. Ibrahim b Uda Arshad) membantu memindahkan fail murid.

Juadah tengahari untuk mengisi perut yang semakin berkeroncong.

Gelagat Aiman semasa mencedok nasi. 



Makan beramai-ramai memang seronok.

Masih banyak barang yang perlu disusun di dalam kelas baru.