Friday, 27 September 2013

Program Ziarah dan Jamuan Makan

Alhamdulillah, Program Ziarah ke rumah keluarga murid-murid kami berjalan lancar. Pada 27 September 2013, seramai empat orang guru, 2 orang PPM dan 17 orang murid telah pergi ke rumah Megat Redduan. Selain daripada kami, terdapat juga ibubapa murid-murid yang turut hadir iaitu Puan Zainoriah, ibu kepada Muhammad Noor Aiman b Daud serta kedua orang tua Nurhidayah.
Kami disambut mesra oleh kedua orang tua mereka. Beraneka lauk juga turut disajikan khas untuk menjamu kami semua. Terima kasih Encik Megat Abdul Rahman dan isteri .









Monday, 23 September 2013


MOH BERKHEMAH DI PKP LAMBOR


Pada hari Rabu dan Khamis lepas, 4 orang murid dan seorang guru telah menyertai 
KEM UNIT BERUNIFORM 
PENDIDIKAN KHAS.

Mereka yang terlibat ialah :
Puan Zuita Hazwani
- Muhammad Najmi b Mohd Nor
-Megat Redduan bin Megat Abdul Rahman
- Normasliana bt Ahmad Zaik
-Nur Suhaila bt Jamalul Naimi

Berikut ialah tentatif program 




Khemah yang telah didirikan oleh para peserta.


Ingin mengisi perut yang berkeroncong.

Beratur  mengambil makanan.

Megat bersama rakan barunya menjamu selera.

Seronok nampaknya mereka.


Kecilnya pinggan Megat.

Guru pengiring yang sentiasa memantau pergerakkan murid agar program berjalan lancar.

Pengalaman  baru yang sukar dilupakan bagi sesetengah murid ini.

'Orang kuat' program sedang berbincang apa tu?

Masliana dan Suhaila yang sentiasa ceria.

Sesi latihan dikir barat

Konsentrasi! Fokus!


Kesimpulannya, melalui program ini murid dapat belajar menyesuaikan diri dengan keadaan. Mereka juga dapat menambah pengalaman dan kenalan. Keyakinan diri juga dapat ditingkatkan. Usaha sebegini perlu diteruskan pada masa akan datang.



SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI WARGA PENDIDIKAN KHAS SMK SERI ISKANDAR

Berbeza dengan sambutan dua tahun dahulu, PPKI tampil dengan pembaharuan iaitu berkolaborasi dengan Badan Pemuafakatan Pendidikan Khas untuk menyambut Hari  Raya Aidilfitri dengan lebih meriah dan menggalakkan penglibatan menyeluruh di kalangan ahlinya. 

   Akhirnya, impian itu telah terlaksana. Majlis yang dirangka bagi mencapai objektif selain daripada dapat menghayati bulan-bulan kebesaran Islam ialah, kami semua juga dapat berkongsi kegembiraan Aidilfitri, menjalinkan hubungan yang lebih akrab serta dapat bermaaf-maafan di samping menanam sifat pemurah dalam diri setiap individu.

    Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Pendidikan Khas SMK Seri Iskandar telah disambut pada 24 Ogos 2013, bertempat di Dewan Terbuka Blok Dedikasi, SMK Seri Iskandar.
Ia telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Perak Tengah iaitu Tn. Haji Mohd Zalkornain b Jaafar. Turut memeriahkan majlis tersebut ialah Puan Mashitah bt Ismail, Pengetua SMK Seri Iskandar, Encik Mohamad Sohaimi bin Man, Yang Dipertua badan Pemuafakatan Pendidikan Khas, Encik Mohamad Ali bin Kamijis, Yang Dipertua PIBG SMK Seri Iskandar, Encik Abu Hamid bin Meri, Penolong Kanan Pentadbiran, guru-guru kanan, kauselor sekolah, guru-guru, para ibubapa dan murid-murid Pendidikan Khas.