Tuesday, 29 May 2012

Program Self Esteem (Part 1)

   Program ini dirangka khusus untuk meningkatkan kemahiran kendiri dan  keyakinan khasnya murid-murid istimewa kami).
Ia telah pun dijalankan 23 mei yang lalu...


jj
Semuanya pakai baju sama kaler...


Tempat yang telah dikunjungi ialah...

1. Pejabat Pos
  - tulis poskad pada program PPKI terpilih di seluruh Malaysia
  - ditulis dengan dwibahasa ( yang mudah-mudah...sebagai tanda perkenalan)
  - Murid dibahagi kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan dipantau oleh seorang guru. Ketua kumpulan dikehendaki membeli setem yang bernilai 60sen di kaunter tanpa bantuan.
 -  MISI------------**BERJAYA**** :)




2. BSN
 - biasanya budak-budak ni hanya ke bank untuk mengeluarkan duit. hehehe..tapi kali ni, berbeza sikitlah. Depa dikehendaki masukkan duit (MENABUNG) dalam akaun mereka sendiri.
 - Ada antara mereka, yang baru kali pertama simpankan duit sendiri. Kira ok jugaklah budak-budak ni. Tak takut pun berdepan dengan masyarakat. Semua mereka buat sendiri, dari ambil nombor giliran, hingga selesai semua prosedur menyimpan wang...

Suasana di dalam bank




Hafizi menunjukkan kehebatannya


Ada apa pada AMIN?
Berani Rizuan...



Si gadis nak jugak bergambar di pintu masuk bank...
Alahai anak murid cikgu sorang ni...Nurul Husnina


Staff BSN



Kenangan di bawah sinaran mentari terik






Start Seedling in Egg Cartons

Kelas : PK Bestari
Matapelajaran : KH Kebun


Cut off  the cartons, and fill each cup with potting soil. 
Place them on a sheet pan filled with water, and the set the pan in the sunshine
 or under grow lights. 
When the seedlings are ready for the garden, just cut the cartons into indiividual cups, and place the whole things in the soil. 
The cartons will dissolve, just like those biodegradable pots you can buy, and there's limited cleanup and effort.

Aiman & Karton Telurnya

Rizuan & Biji Benihnya

Asnur tunjukkan pisau dan gunting

Nurul & Air

Hidayah bersama tanah yang akan digunakan..
Tanah ni sebenarnya, dari tahun lepas lagi ni...
Cubalah, mana tau boleh tumbuh ye tak...
.
Rizuan sedang gaul tanah yang telah dicampurkan dengan sedikit air

Proses masukkan tanah ke dalam karton telur dimulakan dengan Asnur

Murid masukkan dengan cermat
Seronok betul depa dapat buat benda macam ni...






Penuhkan bekas telur setelah meletakkan biji benih


Muka lega dan gembira selepas selesai aktiviti amali yang mudah dan ringkas

Nurul & Hidayah tersenyum bangga dengan usaha mereka hari ini

Selesai kelas hari ini..
Progress tanaman akan dicatat...

harap-harap membuahkan hasil... 
kalau tak, KAMI AKAN CUBA LAGI... hehehe


Monday, 21 May 2012

Kelas Masakan PK Bestari

Semalam kelas Masakan PK Bestari ...
Kelas Cikgu Dilah...
yummy...dengan bantuan Cikgu paling cute ala-ala ARAB..
Cigu Zuita (hehehe)...
murid-murid ni dapat menyediakan makanan petang 
yang mencabar kesabaran dan jari jemari mereka


 Murid sibuk memotong & sagat bahan

 Keadaan bilik masakan sebelum aktiviti menggoreng bermula

 Ni lah Bahan-bahannya...
1. kulit popia
2. carrot
3. sengkuang
4. timun
5. cendawan
6. Bawang putih & merah (dicincang)
7. garam, gula, perasa kalau nak
8. udang





 Masak...jangan tak masak Nurul


 Cikgu Zuita aka Masterchef 2012..:)
kagum murid-murid ni tengok skill cikgu tersayang



 Asnur yang baru belajar menggulung



 Umeir yang tak sabar menggulung & lipat popia
Pandai betul Umier gulung...kemas sangat!!!


 Asraf sampai tertidur tunggu Popia Goreng..
Sebenarnya, dia ni jenis tak tidur malam...
jadi siang hari, dia ngantuk...tambah pulak memang dia memang ada masalah kesihatan..


 Popiah yang sedia untuk digoreng..


 Rakan mereka dari Kelas PK Aktif tiba bersama guru 
ramai dah tenaga 'penggulung' popiah ni

 Skill Megat Redduan, ketua kelas PK A

 Suaibah dan Masliana dengan hasil 'gulungan lipatan ' popia comey mereka

 dua anak gadis ni, tak layan orang dah bila dpat makan

 Umeir yang paling tekun, cermat dapat makan popiah yang dibuatnya sendiri..

 Suasana makan dan bersembang bersama


Tahniah semua sebab kita dah berjaya 
BUAT & MAKAN
POPIAH GORENG bruppp


Mata Hati...

Kehidupan yang kita inginkan tak selalunya indah...
Tapi, yang paling penting, perkongsian kehidupan dengan seseorang pada satu masa yang tepat akan sentiasa MENGGENGGAM seluruh kehidupan anda.


  Cantik tak mengambarkan LEGA,
  Miskin tak membawa makna DUSTA
  Sihat tak memegang pundak crita SAKTI
  Bahagia terletak pada mata hati...


 trima datangnya dengan redha,
 lepaskan perginya juga dengan redha...


seperti biasa, bagi CA ( rasanya bgitu juga CZ, CH dan CJ)...tanpa mereka disisi, tiadalah kami di sini....








- hehehe...tiada kaitan dengan Life Insurans ni ok!---

They are special...

Sunday, 20 May 2012

Selamat Hari Guru

Masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.
Actually, guru-guru memang sentiasa dihormati dan disayangi, TETAPI istimewanya 16 Mei itu,adalah hari istimewa bagi meraikan mereka...Jangan tak tau pulak, meskipun seseorang itu sudah bersara, dia akan terus menerima ucapan hari guru baik melalui fb, sms, kad yang posmen sampaikan di rumah or panggilan telefon. Satu profesion yang amat mencabar dan mempunyai 'JIWA'...DIKENANG SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN...


Kepada semua yang bergelar Pendidik, khususnya kepada SEMUA warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar, kami ingin mengucapkan SELAMAT  HARI GURU.


    hehehe...kelmarin, we all di PPKI telah membuat Sambutan Hari Guru Peringkat Dalaman (Kelas PPKI) sahaja...Jom layan gambar-gambar ni...