Sunday, 8 April 2012

GALERI

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2012



      Pada kali ini, PPKI SMK SI telah diberi tanggungjawab menguruskan 2 tugasan sempena Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Negeri Perak iaitu menguruskan  penyediaan buku aturcara dan pengacaraan. Majlis ini berlangsung di SK TITI GANTONG, Bota

Alhamdulillah berkat kerjasama Cikgu Halimahtun, Cikgu Junaida, Cikgu Zuita, Cikgu Adilah dan Puan Salizawati, tugasan dapat dibereskan dengan jayanya.


Guru-guru yang bertugas di majlis tersebut 



Terima kasih untuk perkongsian pengalaman, baik dari sudut pengurusan, persiapan dan kelancaran majlis. 

Kome nak Tahu tak....Jeng Jeng JENG

Adakah anda tahu bulan April merupakan bulan kesedaran autisma?

Tidak menghairankan jika anda tidak pernah mendengarnya terutamanya masyarakat negara kita.

Negara kita, terutamanya kerajaan perlu turut sama mengambil bahagian bagi memberi kesedaran kepada masyarakat kita tentang autisma kerana kajian menunjukkan bilangan keluarga yang mempunyai ahli keluarga autisma semakin meningkat. Ahli-ahli keluarga berasa kebuntuan untuk mendapatkan perkhidmatan seperti perkhidmatan kaunseling, cara melatih anak-anak autisme, terapi, pendidikan dan banyak lagi.

Masyarakat kita yang kurang prihatin atau mungkin langsung tidak tahu mengenai ciri-ciri kanak-kanak autisma sering memberi respon dan pandangan yang "menyakitkan hati", terutamanya kepada ahli keluarga mereka. Jika masyarakat kita diberi didikan mengenai kepelbagaian manusia, maka saya percaya autistik akan dapat menjalani kehidupan seperti orang tipikal.

kedua

hhjjjllkkhjjikkjjhlopilopilopi