Thursday, 13 September 2012

Aktiviti Murid-murid & Guru Bulan Jun - Ogos

Terdapat beberapa aktiviti telah berlangsung
dalam 3 bulan ini...

Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah...

1. LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA pada 11 JULAI 2012




















MERDEKA RAYA

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!


Sudah masuk bulan OGOS...
maknanya 
sambutan MERDEKA
maknanya
RAYA.

Dengan usaha gigih murid-murid yang sabar dan tekun
di bawah binmbingan guru-guru PPKI, 
maka,
terhasillah Jalur Gemilang Khas ini.
Mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk disiapkan,
inilah hasilnya.








xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Oleh kerana idea datang bertali arus,
warga PPKI telah mengambil keputusan
untuk 
mencipta sekeping kad yang 'simple' tapi bermakna
istimewa buat 
Puan Mashitah bt Ismail,
Pengetua SMK Seri Iskandar....

Berbekalkan  Usaha & Kerjasama ....
maka inilah hasilnya
2 in 1
Kad & CD ucapan Raya
dari Warga PPKI SMKSI









Ohoiii...Komputer sumbangan dari BAIDURI , KPERAK

Permohonan PPKI SMK Seri Iskandar
ke BAIDURI PERAK
telah terjawab.
.......
.......
........
Alhamdulillah,  rezeki murid-murid Pendidikan Khas .
  BAIDURI PERAK  dengan kerjasama K-PERAK telah menyerahkan 3 unit komputer baru yang disampaikan oleh 
Yang Dipertua BAIDURI Yang Amat Berbahagia Datin Seri Diraja Saripah Zulkipli 
di 
Kediaman Rasmi Menteri Besar Ipoh 
pada  
13 Julai 2012.


Sememangnya, kami semua amat gembira 
kerana 
telah terpilih untuk menerima sumbangan komputer
daripada pihak mereka...

Untuk berita lanjut, sila klik pautan ini,

Terima kasih...




Bergambar kenang-kenangan di majlis berkenaan



Senyum, jangan tak senyum, cikgu-cikgu.. :)


Wednesday, 18 July 2012

All of Us

2012
 Warga Pendidik SMK Seri Iskandar 


yang ini pulak...


 Cikgu-cikgu , PPM & murid-murid PPKI (Bermasalah Pembelajaran) SMK Seri Iskandar

Tahniah!! Tahniah!

Alhamdulillah, sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun ni, Program PPKI SMKSI telah berjaya mendapat Anugerah Istimewa

iaitu.....

Anugerah Guru Inovasi : Kategori Pend. Khas

Tahniah buat 

PN. HALIMAHTUN SA'DIAH BT JAP
PN. JUNAIDA BT ABDUL RAHMAN 

(Merangkap  Guru Bahasa Melayu PPKI SMKSI )




bukan itu saje...JENG! JENG! JENG!


SMK SERI ISKANDAR 
juga telah dianugerahkan

ANUGERAH KHAS SEKOLAH HARIAN
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH 2012

(Alhamdulillah, Tahniah buat semua Warga SMKSI)



Tak Leh lupa...Kuih Keladi Kami...(",)

Lama betul lah...tak update blog ni...
maaflah ye...
sebenarnya banyak dah peristiwa bersejarah berlaku sepanjang
2 bulan ni...

Jadi...Moh kita layan dulu...
AKTIVITI MEMASAK KAMI LAGI....

Kuih Tempatan....
iaitu
d' YUMMY & mabeles Kuih KELADI kami...

Resepi ...bahan bacaan merangkap santapan yang dikhayalkan dibayangkan oleh guru


Bahan : seperti yang anda semua nampak....
murah & mudah diperolehi...


Tumbukan 'Padu Maut Udang Kering' oleh Asnur


 3 jejaka duk sibuk  belek ubi, belek tepung dan belek plastik bahan masakan...



dan lagi berposing


Megat memasak dengan tenang, penuh senyuman kasih sayang


Asnur pantau aktiviti rakannya


tak siap lagi ni


Last 'touch up' dgn bawang goreng






Tuesday, 29 May 2012

Program Self Esteem (Part 1)

   Program ini dirangka khusus untuk meningkatkan kemahiran kendiri dan  keyakinan khasnya murid-murid istimewa kami).
Ia telah pun dijalankan 23 mei yang lalu...


jj
Semuanya pakai baju sama kaler...


Tempat yang telah dikunjungi ialah...

1. Pejabat Pos
  - tulis poskad pada program PPKI terpilih di seluruh Malaysia
  - ditulis dengan dwibahasa ( yang mudah-mudah...sebagai tanda perkenalan)
  - Murid dibahagi kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan dipantau oleh seorang guru. Ketua kumpulan dikehendaki membeli setem yang bernilai 60sen di kaunter tanpa bantuan.
 -  MISI------------**BERJAYA**** :)




2. BSN
 - biasanya budak-budak ni hanya ke bank untuk mengeluarkan duit. hehehe..tapi kali ni, berbeza sikitlah. Depa dikehendaki masukkan duit (MENABUNG) dalam akaun mereka sendiri.
 - Ada antara mereka, yang baru kali pertama simpankan duit sendiri. Kira ok jugaklah budak-budak ni. Tak takut pun berdepan dengan masyarakat. Semua mereka buat sendiri, dari ambil nombor giliran, hingga selesai semua prosedur menyimpan wang...

Suasana di dalam bank




Hafizi menunjukkan kehebatannya


Ada apa pada AMIN?
Berani Rizuan...



Si gadis nak jugak bergambar di pintu masuk bank...
Alahai anak murid cikgu sorang ni...Nurul Husnina


Staff BSN



Kenangan di bawah sinaran mentari terik